Saturday 2 April 2011

PENGENALAN



    Modul ini di hasilkan, oleh pelajar tahun 2 hubungan Industri tujuanya adalah sebagai alat panduan untuk melaksanakan program berkaitan dengan modul ini. Selain itu, perlaksanaan dan penghasilan modul ini adalah di bawah kawal selia Encik Azizn iaitu, pensyarah bagi kursus produktiviti dalam hubungan Industri.
    Program ini di jalankan bertujuan memberi kesedaran kepada para peserta yang merupakan aset yang bernilai kepada negara sebagai penyumbang kepada pembangunan negara, selaras dengan dasar-dasar kerajaan untuk memantapkan lagi kemahiran tenaga buruh negara bagi menarik minat pelabur. Selain itu, para peserta akan di dedahkan dengan aspek-aspek yang perlu ada dalam diri seorang pekerja.
                    Penghasilan modul ini adalah untuk meberi gambaran sepenuhnya kepada program yang dirangka didalam modul ini. Keberkesanan modul adalah bergantung kepada keadaan dan komitmen peserta untuk mengikuti modul-modul ini.
                    Selain itu, komitmen pihak majikan adalah amat diharapkan dan penglibatan pihak majikan menjalani kursus dalam program ini adalah amat di galakkan oleh penganjur program ini kerana, akan dapat memupuk lagi hubungan yang lebih erat antara pekerja dan majikan.
                    Justeru itu, selaras dengan objektif modul ini adalah memberi kemahiran-kemahiran dalaman pekerja untuk lebih bermotivasi dan seterusnya menghasilkan pekerja yang lebih produktif.
    Sekian selamat Maju Jaya,


    Fyda Training & development (M) Sdn. Bhd

    No comments:

    Post a Comment