Loading...

Saturday, 2 April 2011

MODUL 2 KERJA BERPASUKAN

MODUL 2 KERJA BERPASUKAN
1.       PENGENALAN
2.       OBJEKTIF
3.       MATLAMAT PROGRAM
4.       PANDUAN FASILITATOR
v  UNIT 1 : TAKLIMAT
v  UNIT 2 : SUAI KENAL
v  UNIT 3 : PEMBENTUKAN DAN KERJA BERPASUKAN
5.       AKTIVITI
v  CERAMAH RINGKAS DAN PERMAINAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Sebelum sesuatu kursus mahupun seminar di laksanakan, pengenalan ataupun  taklimat adalah penting di sebarkan kepada para peserta supaya penganjur program dapat menyampaikan maklumat mengenai seminar atau taklimat dengan lebih jelas lagi dan para peserta akan dapat memahami dan bersedia dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi aktiviti – aktiviti yang di jalankan sepanjang sebelum, semasa, dan juga selepas program berlangsung. Taklimat kebiasaannya hanya di berikan secara ringkas dan mengandungi beberapa pengenalan yang ringkas iaitu seperti :
a)      Latar belakang program
b)      Objektif Program
c)       Matlamat Kursus Program
d)      Penyertaan
e)      Jadual pelaksanaan program
1.2 Salah satu aktiviti yang terpenting dalam mana – mana program ialah aktiviti suai kenal. Ia merupakan aktiviti terpenting dalam menjayakan matlamat modul ini untuk membina kerja berpasukan. Sesi suai kenal yang efektif akan mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam kumpulan. Walau bagaimana pun, aktiviti suai kenal juga perlu berlaku di antara peserta dan penganjur program supaya keberkesanan aktiviti ini berjalan dengan lancar.
1.3 Pembentukan dan kerja berpasukan penting kerana setiap individu yang ada dalam kumpulan mempunyai kemahiran dan keupayaan yang tersendiri. Perkara ini turut di jelaskan lagi oleh ( Garner dan Orelove, 1994) iaitu “gabungan dan koordinasi pengetahuan serta kemahiran semua disiplin, manusia dapat memenuhi keperluan tersebut”.
1.4 Pembentukan kumpulan perlulah di bentuk dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi di samping memahami objektif  dan matlamat kerja berpasukan.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Memahami keseluruhan modul kursus dan sedia untuk menjayakan program dengan komitmen yang efektif. Peserta juga perlu  bertanggungjawab sebagai peserta kursus yang efektif.
2.2 Mengenali di antara satu sama lain dengan lebih dekat tanpa mengira rupa, jantina, bangsa dan  juga agama.
2.3 Memahami kepentingan kerja berpasukan dan melaksanakan misi dan visi pasukan seperti yang di rancangkan dalam kursus. Peserta juga akan lebih berkeyakinan dalam melaksanakan kerja berpasukan dan memupuk semangat kerja berpasukan tinggi.
3.0 MATLAMAT KURSUS PROGRAM
3.1  Melahirkan individu yang mempunyai semangat bekerja dalam berpasukan yang tinggi.
3.2 Membentuk pasukan yang saling bekerjasama tanpa mengira rupa, jantina, bangsa dan juga agama.
3.3  Membentuk pasukan yang saling efektif dalam bertukar – tukar idea dan juga pendapat.
4.0 PENYERTAAN 
4.1 Jangka masa                        :                       120 minit (2 jam)
4.2 Saiz untuk 1 kumpulan     :                  15 orang yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan
                                                                             8 orang perempuan.                                         
4.3 Metodologi                       :                 Ceramah ringkas dan permainan.
4.4 Alat Bantu                         :                       Jadual kursus
                                                                                Tanda Nama
                                                                                Kerusi dan meja yang cukup
                                                                                Marker Pen
                                                                                Kad Manila
                                                                                Krayon dan Magic Colours







JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
5.1  AKTIVITI 1 : TAKLIMAT RINGKAS
OBJEKTIF UNIT
§  Memahami keseluruhan aktiviti yang akan di jalankan.
§  Memahami adab dan tatasusila serta mengikut arahan yang seperti yang di maklumkan oleh penganjur.
§  Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai peserta.
LANGKAH – LANGKAH
1.       Para peserta di arahkan duduk dalam keadaan yang selesa dan jarak antara mereka tidak terlalu jauh ddan juga dekat. Hal ini supaya peserta dapat menerima dan melihat arahan fasilitator dengan jelas.

2.       Taklimat di mulai dengan bacaan doa, kemudian di susuli ucapan daripada penganjur.

3.       Fasilitator memaklumkan kepada peserta matlamat program ini dan meminta setiap peserta untuk menulis di satu helaian kertas dengan “ saya menyertai kursus ini untuk ...” bertujuan sebagai penggerak tanda kursus ini bermula.

4.       Fasilitator memberikan penerangan dan penjelasan mengenai arahan yang perlu di patuhi sebelum, semasa dan selepas kursus berlangsung.

5.       Peserta di beri masa untuk mengemukakan soalan mengenai kursus.

6.       Buku peraturan dan jadual pelaksanaan kursus di berikan kepada peserta beserta satu fail yang mengandungi sebatang pen dan pensel dan 3 helai kertas putih berukuran A4.
RUMUSAN
Taklimat kursus penting kerana untuk peserta menerima dan memahami maklumat mengenai program.
Taklimat juga memberi ruang kepada peserta untuk bersedia dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran sepanjang pelaksanaan program berlangsung.
LAMPIRAN
Jadual pelaksanaan kursus
Peraturan Kursus
Bahan dan Alat tulis
AKTIVITI 2 : SUAI KENAL
OBJEKTIF UNIT
§  Dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan mendalam di samping menjalin hubungan yang baik dan mesra.
§  Mengenali fasilatator dengan lebih dekat dan dapat mengurangkan halangan psikologi untuk berkomunikasi.
§  Mengetahui  dan memahami penting suai kenal untuk membina  kerja berpasukan yang mantap.
LANGKAH – LANGKAH
1.       Peserta di arahkan untuk mengira nombor bermula dari satu hingga sepuluh dan kemudiannya mereka akan berkumpul mengikut nombor yang telah di sebutkan tadi. Aktiviti adalah supaya peserta akan dapat berkenalan dengan peserta yang lain yang mungkin belum di kenali. Cara ini adalah lebih berkesan.
2.       Fasilitator memaklumkan sesi berkenalan adalah penting dan setiap ahli dalam  kumpulan perlu melantik ketua kumpulan beserta penolong ketua kumpulan.
3.       Sesi suai kenal akan di jalankan dalam bentuk permainan.
PERMAINAN ROUND CIRCLE
1.       Setiap peserta akan di berikan sehelai kertas berukuran A4 beserta marker pen untuk mencatat :
             Nama penuh
      Nama panggilan
      Umur
      Bangsa
      Tempat tinggal dan  Asal  
2.       Setiap peserta di minta untuk memperkenalkan diri mereka seperti mana yang tercatat dalam kertas mereka.

3.       Setelah aktiviti suai kenal dalam kumpulan berlangsung, peserta di minta untuk mengingat nama ahli dalam kumpulan

4.       Akhir sekali setiap ketua kumpulan akan memperkenalkan ahli mereka kepada kumpulan yang lain.
PERMAINAN TEKA KAWAN
1.       Fasilitator di arah membentuk bulatan mengikut kumpulan.
2.       Setiap peserta di minta untuk menanggalkan tanda nama serta memberikannya kepada fasilitator  dan kembali kepada kedudukan dalam bulatan tadi.
3.       Dalam tempoh 4 minit setiap peserta perlulah menyebut nama ahli dalam kumpulan tanpa ada salah dan kumpulan yang betul meneka nama kawan mereka tanpa ada salah akan di kira sebagai pemenang dan akan menerima hadiah.
RUMUSAN
Aktiviti round circle dan juga teka kawan dapat mengeratkan hubungan sesama peserta di dalam kumpulan.
AKTIVITI 3 :  PEMBENTUKAN DAN KERJA BERPASUKAN
OBJEKTIF UNIT
§  Meningkatkan kemesraan sesama ahli dalam kumpulan serta semangat setiakawan yang tinggi serta memahami pembentukan kumpulan dalam melaksanakan visi dan misi kumpulan.
§  Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan memahami kebolehan dan keupayaan individu dalam kumpulan.
LANGKAH – LANGKAH
1.       Fasilitator akan  memberi bahan dan alat tulis seperti marker pen, krayon, magic colours, dan juga kad manila kepada setiap pasukan.
2.       Dalam unit ini peserta akan di dedahkan kepada dua aktiviti yang berbeza iaitu satu berbentuk permainan dan yang satu lagi berbentuk kreativiti penulisan melalui idea.
BINA CARTA PASUKAN
1.       Setiap kumpulan akan di berikan masa selama 30 minit untuk menyiapkan satu carta kumpulan yang mengandungi logo, visi dan misi kumpulan berdasarkan kreativiti masing – masing.
2.       Kumpulan peserta perlulah menerangkan logo yang di buat dan berkaitan dengan kerja berpasukan.
3.       Penilaian di buat adalah berdasarkan kerjasama ahli dalam kumpulan menyiapkan carta dan juga penerangan yang jelas dan di fahami.


PERMAINAN SARANG LABAH - LABAH
1.       Dalam permainan ini peserta akan mengharungi satu sarang labah – labah yang mana setiap ahli pasukan perlulah menggunakan idea masing – masing bagaimana untuk melepasi halangan tersebut.
2.       Para peserta akan di nilai melalui bagaimana semangat pasukan tersebut dapat melepasi halangan tersebut.
3.       Pemenang kumpulan di nilai melalui masa yang di ambil oleh mereka untuk melepasi sarang labah – labah tersebut.
RUMUSAN
Meningkatkan hubungan baru yang rapat di antara satu sama lain.
Mewujudkan persekitaran yang positif di kalangan peserta.
Memupuk semangat permuafakatan.
KESIMPULAN
Menurut ahli sosiologi, manusia adalah makhluk sosial yang tidak boleh hidup sendirian dan melakukan segala kerja tanpa bantuan orang lain. Kegagalan dalam organisasi juga dapat di kurangkan melalui kerja berpasukan hal ini telah di terangkan oleh (Twomey dan Kleiner,1996). Oleh itu kerja berpasukan di lihat sebagai satu cara untuk meningkatkan produktivit pekerja dalam sesebuah organisasi.

No comments:

Post a Comment