Saturday 2 April 2011

MODUL 1

 KECEMERLANGAN KEPEMIMPINAN DAN PENGURUSAN YANG TERBILANG (1 HARI)


Pengenalan
Gaya kepimpinan seseorang pemimpin banyak memainkan peranan dalam menentukan kejayaan sesebuah organisasi. Seandainya pemimpin mengamalkan kepimpinan yang berkesan, seluruh organisasi akan mengecapi kejayaan. Para pengikut pula akan gembira dengan tugas mereka. Dalam hal penugasan ini, Thain (1993) menegaskan penugasan kerja oleh pemimpin kepada subordinat mestilah jelas dan dapat difahami, dan segala kekaburan perlulah diperjelaskan[1]
Prestasi sesebuah organisasi adalah natijah dari interaksi beberapa faktor yang bertindak secara sinergi. Faktor-faktor ini termasuklah kepemimpinan yang cemerlang, teknologi pengurusan yang sesuai dan berkesan, tenaga kerja yang berdisiplin, berdedikasi dan bermotivasi, iklim organisasi yang kondusif, dan juga teknologi yang berkesan.
Dalam era mutakhir ini, setiap organisasi yang berprestasi tinggi dan berwawasan jauh memberikan tumpuan yang serius terhadap program latihan. Aspek-aspek pembangunan sahsiah, mental, fizikal, komunikasi, kerohanian, perhubungan manusia dan ketrampilan diambil kira untuk mewujudkan tenaga kerja yang profesional.
Latihan menyeluruh ini akan mempastikan setiap ahli organisasi mempunyai misi, komitmen dan pegangan yang sama. Ini juga dapat membantu mewujudkan semangat kepimpinan yang cemerlang serta melahirkan kerja sepasukan yang kental.
Komunikasi kepemimpinan ialah kebolehan mempengaruhi pengikut dan melibatkan penggunaan kuasa oleh pemimpin dan penerimaan pengikut. Kebolehan mempengaruhi pengikut berhubung kait dengan memenuhi keinginan kepuasan pengikut. Kini pemimpin tidak boleh dicap lagi sebagai seorang pemimpin yang baik atau tidak baik, tetapi kita hanya dapat mengatakan seseorang pemimpin itu berkesan dalam satu-satu situasi tertentu, tetapi tidak berkesan dalam situasi yang lain. Keberkesanan komunikasi kepemimpinan juga dicadangkan boleh dipertingkatkan dengan cara sama ada dengan memodifikasi faktor situasi supaya menjadi lebih selesa atau mengubah stail kepemimpinan pemimpin[2].




Objektif Kursus
Setelah menjalani kursus ini, peserta-peserta akan dapat
  1. Mengenalpasti kekuatan, kelemahan, potensi  diri. Para peserta dapat membina kekuatan dan keyakinan dalaman mereka melalui ceramah motivasi dari penceramah-penceramah yang berkelayakan.
  2. Membentuk matlamat pembangunan peribadi sebagai pemimpin yang lebih sistematik dan berkesan. Memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mempertajamkan sifat kepimpinan yang baik. Terutamanya memlalui aktiviti-aktiviti yang di jalankan dalam program ini.
  3. Mempunyai nilai-nilai murni dan berperibadi mulia serta mempunyai perwatakan kepemimpinan yang disenangi. Memberi kesedaran tentang nilai keagamaan, persepsi dan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk menggelak dari perasaan marah. Dalam modul ini peserta akan di uji dengan ujian persekitaran yang tidak mereka jangka. Iaitu pengujian terhadap peserta sepanjang masa.
  4. Mempertingkatkan kemahiran keorangan seperti hubungan kemanusiaan, komunikasi, kepemimpinan dan kerja sepasukan. Mengajar kepada peserta kemahiran berinteraksi dengan betul bersesuian keadaan persekitaran, ini kerana memandang kepada perubahan persekitaran yang mencabar dalam organisasi. Dimensi hubungan interpersonal ( Interpersonal reletedness) usaha untuk menjelaskan bagaimana pelajar-pelajar berinteraksi antara satu sama lain. Aras yang paling asas dalam perkembangan ini adalah ‘Self-centered’ atau tumpuan kendiri. Kesedaran hubungan ini menjadikan pelajar itu seorang yang bertanggungjawab terhadap kehidupannya dan menyayangi diri mereka sendiri.
  5. Memahami hubungkait antara pengurusan dan produktiviti berkualiti. Dalam aspek ini, penyampaia ceramah motivasi dan ceramah tentang pengurusan akan di laksankan oleh penceramah yang berkelayakan
  6. Memahami teknik menggerakkan anak buah supaya cemerlang. Komunikasi kepemimpinan ialah kebolehan mempengaruhi pengikut dan melibatkan penggunaan kuasa oleh pemimpin dan penerimaan pengikut. Kebolehan mempengaruhi pengikut berhubung kait dengan memenuhi keinginan kepuasan pengikut. Kini pemimpin tidak boleh dicap lagi sebagai seorang pemimpin yang baik atau tidak baik, tetapi kita hanya dapat mengatakan seseorang pemimpin itu berkesan dalam satu-satu situasi tertentu, tetapi tidak berkesan dalam situasi yang lain. Keberkesanan komunikasi kepemimpinan juga dicadangkan boleh dipertingkatkan dengan cara sama ada dengan memodifikasi faktor situasi supaya menjadi lebih selesa atau mengubah stail kepemimpinan pemimpin.
  7. Merangka dan mengamalkan langkah-langkah untuk menyerlahkan kecemerlangan diri.


Pembangunan Reka Bentuk Program
Pengenalan
Pelaksanaan program pembangunan kepimpinan peserta-peserta ini akan dijalankan dengan dua
kaedah. Komponen asas akan dilaksanakan bersama-sama dengan program pembangunan sahsiah, akademik, kerjaya dan kemasyarakatan manakala komponen keperluan akan dijalankan secara berasingan mengikut kesesuaian.
Untuk melaksanakan program pembangunan ini, dirancang melalui Pembangunan Kepimpinan (Komunikasi Berkesan, Bagaimana Memimpin Pasukan).
Pembangunan Kepimpinan (Komunikasi Berkesan, Bagaimana Memimpin Pasukan)Pembangunan Kepimpinan yang dirancang ini melibatkan unit 1 dan unit 2 daripadaModul Pembangunan Kepimpinan. Pelaksanaan program ini akan menjurus kepada teknik komunikasi berkesan dan bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Metodologi
Kuliah, penilaian diri secara menjawab soalan-soalan khusus bagi sesuatu topik, Pengucapan awam (public speaking), dan perbincangan berkumpulan (group discussion), Penerangan menggunakan LCD Projektor dan powerpoint, Bengkel, Latihan Amal, Kaunseling peribadi.

Kumpulan Sasaran
Pekerja yang terdiri daripada Kerani dan Pegawai
Kursus ini adalah dirancang 20 - 40 orang pegawai dan kakitangan.
Tarikh dan Tempat Kursus, tarikh dan tempat kursus akan ditentukan oleh pihak agensi pelaggan. Perbincangan dengan pihak kami amat dialu-alukan.

Aturcara Kursus
08:30 - 09:00 pg Pendaftaran dan taklimat kursus
09:00 - 10:30 pg Sesi 1: Penganalisisan Kendiri Pemimpin dan Pengurus
Ø  Kekuatan dan kelemahan diri sebagai penyelia
Ø  Peranan dan tanggungjawab
Ø  Kaedah menjadi pemimpin terbilang
10:30 - 11:00 pg Minum Pagi dan Perbincangan Tidak Formal
11:00 - 12:30 tgh               Sesi 2: Motivasi Kepimpinan dan Pengurusan
Ø  Meransang keunggulan diri
Ø  Punca-punca pekerja tidak bermotivasi
Ø  Teknik menggerakkan anak buah
12:30 - 02:30 ptg               Makan Tengahari dan Solat Jumaat berjemaah
02:30 - 04:30 ptg               Sesi 3: Tontonan video kesedaran

Ø  Nick Vujicic. Never Give Up in Life - A Truly Inspirational Video

Ø  Nick Vujicic, No Arms, No Legs, No Worries! Part 1

Ø  Nick Vujicic, No Arms, No Legs, No Worries! Part 2

Ø  Nick Vujicic - No Arms No Legs No Worries Part 3 of 3

http://www.youtube.com/watch?v=oxJ8Sd2Z1Yk&NR=1

 

04:30 - 05:30 ptg               Minum Petang dan Solat Asar Berjemaah
05:30 - 06:30 ptg               Senaman Kalistenik
06:30 - 09:00 mlm             Persiapan diri, Solat Magrib, BBQ dan solat Isyak Berjemaah.

09:00 - 12:00 mlm Aktiviti Lasak :
* Night jungle tracking
12:00 mlm           Minum malam dan istirehat

Fasilitator Kursus
1. Dato’ Dr. Haji Mohd Fadzilah bin Kamsah
Perunding Utama, Excel Training & Consultancy (M) Sdn. Bhd.
2. Abdul sah bin Ibbah
Fyda training & development (M) Bhd.
3. Faizal Abidin
Fyda training & development (M) Bhd.


Sesi 1: Penganalisisan sifat Pemimpin dan Pengurus
Dalam sesi ini peserta akan diberikan ceramah berkenaan kendiri dan sifat yang perlu ada pada pemimpin dan seorang pengurus. Peserta akan di perkenelkan dengan teknik-teknik yang perlu ada untuk memiliki sifat-sifat kepimpinan dan menjadi pengurus yang cekap dalam organisasi kelak. Taklimat dan ceramah berkaitan alan di berikan mengikut topik-topik yang di bincangkan.
Sesi2: Motivasi Kepimpinan dan Pengurusan
Dalam sesi ini peserta akan diberikan ceramah berkenaan kendiri dan sifat yang perlu ada pada pemimpin dan seorang pengurus. Peserta akan di perkenelkan dengan teknik-teknik yang perlu ada untuk memiliki sifat-sifat kepimpinan dan menjadi pengurus yang cekap dalam organisasi kelak. Taklimat dan ceramah berkaitan alan di berikan mengikut topik-topik yang di bincangkan.
Sesi 3: Kemahiran Komunikasi Kepemimpinan
Dalam sesi ini peserta akan diberikan ceramah berkenaan kendiri dan sifat yang perlu ada pada pemimpin dan seorang pengurus. Peserta akan di perkenelkan dengan teknik-teknik yang perlu ada untuk memiliki sifat-sifat kepimpinan dan menjadi pengurus yang cekap dalam organisasi kelak. Taklimat dan ceramah berkaitan alan di berikan mengikut topik-topik yang di bincangkan.

* Night jungle tracking
Memberikan cabaran kepada para peserta di samping itu, peserta akan dapat menikmati perjalanan pada malam hari sambil di iringi dengan lagu-lagu semangat yang sesuai bagi memantapkan jati diri dan menaikkan semangat peserta sepanjang perjalanan. Para peserta akan di bawa berjalan merentasi hutan dan kawasan berais atau sungai bagi tujuan cabaran.


[1] Wan Faridah Akmal Wan Ismail, Noor Azmi Mohamad & Ishak Mad Shah . Kepimpinan Transaksi/Transformasi Dan Ciri Kerja Profesional Teknologi Maklumat Sektor Awam Malaysia, Jurnal Teknologi, 37(E) Dis. 2002: 57–70 © Universiti Teknologi Malaysia.
[2] Raja Roslan Bin Raja Abd. Rahman, Azizi Yahaya, Mohd. Salleh Hj. Hassan. Peranan Komunikasi Kepemimpinan Diri Dan Organisasi Dalam Perspektif Islam. Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment