Saturday 2 April 2011

MODUL 4 PENINGKATAN MUTU KOMITMEN



Seminar, Tugasan Berkumpulan
1. Pengenalan
2. Objektif
3. Keperluan/Pembabitan
4. Panduan Fasilitator
·         Aktiviti 1
·         Aktiviti 2
5. Rumusan

1. PENGENALAN
1.1          Pada masa kini dalam menyelesaikan sesuatu tugasan bukan sahaja harus  berdasarkan                kepakaran ataupun kepandaian seseorang dalam menyelesaikan sesuatu tugasan   diperlukan, namun komitmen yang ditunjukkan dalam menyelesaikan tugasan tersebut              harus dititikberatkan.
1.2          Modul ini diwujudkan untuk meningkatkan tahap komitmen dalam menyelesaikn sesuatu           tugasan disamping dapat memantapkan diri apabila diperlukan.
1.3          Melalui modul ini peserta akan diberi taklimat dan kesedaran terhadap pentingnya unruk            menguruskan dan meningkatkan tahap komitmen mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

2. Objektif
2.1          Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pentingnya mempunyai komitmen           yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan.
2.2          Memberi pendidikan kepada para peserta cara pengurusan komitmen yang berkesan.
2.3          Melahirkan individu yang mempunyai rasa tanggung jawab yang tinggi.
2.4          Memberi pendedahan kepada para peserta cara penyelesaian masalah yang baik.

3. Keperluan/Pembabitan
3.1          Jangka masa : 180 minit (3 jam)
3.2          Saiz satu kumpulan : 15 – 20 orang
3.3          Kaedah :
·         Ceramah, Penyelesaian masalah secara berkumpulan
3.4          Alat Bantu :
·         kertas A4, fail, alat tulis, peraturan kursus, boring maklumat peserta, kerusi/meja secukupnya.
4. PANDUAN FASILITATOR
4.1          Aktiviti 1 : Ceramah
OBJEKTIF AKTIVITI
·         Memahami keseluruhan modul kursus.
·         Memberi kefahaman kepada peserta apa itu komitmen? Kenapa seseorang perlu ada sifat komitmen yang tinggi? Bagaimana untuk menguruskan komitmen yang berkesan?

LANGKAH-LANGKAH
·         Peserta diarahkan untuk berkedudukan dalam keadaan yang selesa supaya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap semua arahan yang diberikan oleh fasilitator dengan jelas.
·         Fasilitator akan memberi penjelasan ringkas tentang perjalanan seminar tersebut bagi kefahaman kepada peserta tentang sesi seminar tersebut.
·         Setiap sesi Seminar dimulakan atau diakhiri dengan bacaan doa bagi mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
·         Fasilitator yang bertugas akan menjemput penceramah seminar jemputan bagi memberi penjelasan tentang apa itu komitmen? Kenapa seseorang perlu ada sifat komitmen yang tinggi? Bagaimana untuk menguruskan komitmen yang berkesan?
·         Seterusnya fasilitator akan membuka satu sesi soal jawab tentang apa itu komitmen? Kenapa seseorang perlu ada sifat komitmen yang tinggi? Bagaimana untuk menguruskan komitmen yang berkesan?
·         Peserta seminar diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada penceramah jemputan tersebut.
·         Fasilitator mengedarkan risalah tentang apa itu komitmen? Kenapa seseorang perlu ada sifat komitmen yang tinggi? Bagaimana untuk menguruskan komitmen yang berkesan?  yang telah disediakan oleh penceramah jemputan kepada para peserta bagi menambahkan kefahaman kepada para peserta.
·          
RUMUSAN

·         Seminar ini adalah penting bagi peserta untuk mengetahui apa sebenarnya yang kreativiti dimaksudkan, kenapa kreativiti itu perlu ada dalam diri peserta dan bagaimana untuk meningkatkan tahap komitmen seseorang.
·         Ia memberikan peluang kepada peserta untuk mengemukakan soalan tentang bagaimana untuk meningkatkan komitmen dalam menyelesaikan sesuatu tugasan
·         Diharapkan sesi seminar ini dapat memberi kefahaman kepada para peserta.

4.2          Aktiviti 2 : Penyelesaian masalah secara berkumpulan
                Objektif Aktiviti
·         Memberi pendedahan kepada para peserta cara penyelesaian masalah secara berkesan
·         Melihat sejauh mana komitmen yang ditunjukkan dalam menyesaikan sesuatu masalah
                Langkah-Langkah
·         Fasilitator akan membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan
·         Setiap fasilitator akan diberikan satu kumpulan untuk diselia
·         Fasilitator akan menerangkan secara ringkas kepada para peserta mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.
·         Fasilitator diminta memberikan peserta alat tulis dan kertas A4 secukupnya kepada peserta.
·         Fasilitator akan memberikan satu permasalahan organisasi kepada peserta dan menyuruh peserta tersebut menyelesaikan masalah tersebut.
·         Peserta akan diberikan masa selama 30 minit menyiapkan tugasan tersebut dan 30 minit lagi membentangkan di depan fasilitator yang menyelia mereka.
·         Peserta yang gagal menyiapkan tugasan tersebut akan dikenakan denda iaitu semua ahli kumpulan akan menyayikan lagu patriotic dengan kuat dan bersemangat.
               
                Rumusan
·         Aktiviti ini adal bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen yang ditunjukkan oleh peserta dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
·         Selain itu aktiviti ini juga akan meningkatkan semangat kerja berkumpulan dikalangan peserta.
·         Aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara pengurusan masalah yang baik.

No comments:

Post a Comment