Saturday 2 April 2011

Pengenalan, pendaftara dan pembentukan kumpulan



                Sebagai pengenalan kepada Modul ini, aktiviti pembentukan kumpulan akan di jalankan selepas setiap urusan pendaftaran selesai di buat dan peserta berada di kawasan aktiviti. Aktiviti pengenalan ini akan bermula apabila keadaan peserta dari segi emosi dan fizikal mereka telah bersedia. Selain itu, penganjur akan cuba mengelakkan perkara yang “kelam-kabut” untuk mengelakan persepsi peserta yang tidak baik terhadap kursus produktiviti ini.
                   Aktiviti pertama akan berlangsung seperti di bawah, tujuan aktiviti ini di jalan kan adalah untuk membuat peserta selesa dalam program ini.


AKTIVITI PENGENALAN
Tajuk : ICE BREAKING
MASA : 30 minit
ALATAN :
PROSEDUR :
  1. Peserta berkumpul dalam kumpulan besar.
  2. Ketua fasilitator memberi arahan pergerakan fizikal (tangan dan kaki) secara lisan dan  isyarat.
  3. Peserta diminta melakukan pergerakan mengikut arahan fasilitator.
  4. Aktiviti ini dilakukan secara berulang dan terkawal.
FALSAFAH :
  1. Sedar akan kewujudan diri.
  2. Sedar tentang kesempurnaan fizikal dan bersyukur di atas anugerah Tuhan.
  3. Badan sihat otak cergas.
  4. Peka kepada arahan.





AKTIVITI 2 : TAK KENAL TAK CINTA
MASA : 40 minit
ALATAN : Tiada
OBJEKTIF :
  1. Supaya peserta dapat memberikan maklum balas terhadap diri orang lain.
  2. Supaya peserta sedar tentang diri sendiri dari sudut pandangan orang lain.
PROSEDUR :
  1. Fasilitator mengarahkan supaya ahli kumpulan duduk dalam satu bulatan kecil.
  2. Fasilitator meminta seorang ahli duduk di tengah-tengah bulatan.
  3. Setiap ahli diminta memberi impresi (tanggapan) tentang individu ditengah-tengah bulatan.
  4. Apabila semua ahli kelompok telah memberikan impresi mereka seorang ahli baru mengambil alih tempat di tengah-tengah dan menggantikan ahli tadi.
  5. Proses tadi diulang sehingga semua ahli dapat maklum balas daripada ahli-ahli lain.
  6. Setelah selesai minta ahli-ahli kelompok memberi pendapat tentang aktiviti tersebut.
FALSAFAH :
1. Dapat menguji ketahanan diri apabila berhadapan dengan kritikan daripada orang lain
    secara berdepan.
2. Dapat menilai kembali sifat-sifat yang ada dalam diri dan yang baik dikekalkan manakala
    yang tidak baik diperbaiki.

No comments:

Post a Comment