Saturday, 2 April 2011

MODUL 3 KREATIVITI


Seminar,“Telur ku”, dan “Kunang-kunang”
1.       Pengenalan
2.       Objektif
3.       Keperluan/pembabitan
4.       Panduan fasilitator
·         Aktiviti 1 : Seminar
·         Aktiviti 2 : “Telur ku”
·         Aktiviti 3 : “Kunang-Kunang”
5.       Rumusan

PENGENALAN
1.1.    Modul ini bertujuan untuk memperkasa jiwa dan minda para peserta kearah seorang yang lebih kreatif dalam dunia pekerjaaan bagi meningkatkan produktiviti.
1.2.     Tidak ramai menyedari bahawa diri mereka kreatif. Mereka beranggapan orang yang kreatif hanyalah mereka yang terlibat dalam bidang kreatif seperti muzik, drama, sastera, dan lukisan. Walhal,sebenarnya apa-apa bidang yang kita ceburi menuntut kepada kreativiti.
1.3.    Modul ini adalah program pembangunan kreatif Diri. Melalui Modul ini, kita akan dibawa mengenali apa itu kretiviti, kenapa kita perlu kepada kreativiti dan bagaimana meningkatkan daya kreativiti dalam diri kita.
1.4.    Individu juga tidak menyedari bahawa dalam dirinya terdapat beberapa keistimewaan yang menjadi kebanggaan orang lain bahkan mungkin akan dapat digunakan untuk membantu orang lain.
1.5.    Sekiranya individu tersebut terus menerus tidak menyedari kekuatan atau kebolehan istimewa yang ada pada dirinya, maka dia tidak mampu untuk berbuat sesuatu yang sepatutnya boleh dilakukannya.

2.       OBJEKTIF
2.1.    Memberi penjelasan tentang kepentingan kretiviti dalam diri seseorang peserta bagi melaksanakan sesuatu tugasan.
2.2.    Membentuk personality kreatif ke arah diri peserta yang cemerlang,gemilang dan terbilang.
2.3.    Modul ini adalah untuk mencungkil kemahiran kreatif yang ada dalam diri seseorang peserta,yang mana kemahiran tersebut tidak disedari oleh peserta itu sendiri.
2.4.    Memberi kefahaman kepada peserta apa itu kreatif? Kenapa perlu kreativiti? Bagaimana untuk meningkatkan daya kreativiti?

3.       KEPERLUAN/PEMBABITAN  
3.1.    Jangkamasa                                     : 240 Minit (4 jam)
3.2.    Saiz satu (1) kumpulan                : 15-20 Orang
3.3.    Kaedah
·         Ceramah ringkas
·         Perbincangan kumpulan
·         Permainan Simulasi
3.4.    Alat bantu
·         Lilin, telur, straw, kertas a4, jadual kursus, peraturan kursus, boring maklumat peserta, kerusi/meja secukupnya.

4.       PANDUAN FASILITATOR
4.1.    AKTIVITI 1 : SEMINAR KREATIVITI
OBJEKTIF AKTIVITI
·         Memahami keseluruhan modul kursus dan bersedia untuk menjayakan program.
·         Memberi kefahaman kepada peserta apa itu kreatif? Kenapa perlu kreativiti? Bagaimana untuk meningkatkan daya kreativiti?
·         Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai peserta kursus.

LANGKAH-LANGKAH
·         Peserta diarahkan untuk berkedudukan dalam keadaan yang selesa supaya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap semua arahan yang diberikan oleh fasilitator dengan jelas.
·         Fasilitator akan member penjelasan ringkas tentang perjalanan seminar tersebut bagi kefahaman kepada peserta tentang sesi seminar tersebut.
·         Setiap sesi Seminar dimulakan atau diakhiri dengan bacaan doa bagi mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
·         Fasilitator yang bertugas akan menjemput penceramah seminar jemputan bagi memberi penjelasan tentang apa itu kretif? Kenapa perlu kreatif? Dan bagaimana untuk meningkatkan daya kreativiti dalam diri kepada peserta.
·         Seterusnya fasilitator akan membuka satu sesi soal jawab tentang apa itu kreatifi? Kenapa perlu kreativiti? Bagaimana untuk meningkatkan daya kreativiti?
·         Peserta seminar diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada penceramah jemputan tersebut.
·         Fasilitator mengedarkan risalah tentang apa itu kreatif? Kenapa perlu kreativiti? Bagaimana untuk meningkatkan daya kreativiti? Yang telah disediakan oleh penceramah jemputan kepada para peserta bagi menambahkan kefahaman kepada para peserta.

RUMUSAN
·         Seminar ini adalah penting bagi peserta untuk mengetahui apa sebenarnya yang kreativiti dimaksudkan, kenapa kreativiti itu perlu ada dalam diri peserta dan bagaimana untuk meningkatkan daya kreativiti dalam diri seseorang.
·         Ia memberikan peluang kepada peserta untuk mengemukakan soalan tentang kreativiti dan bersedia untuk mengasa kemahiran istimewa dalam diri mereka.
·         Diharapkan sesi seminar ini dapat memberi kefahaman kepada para peserta yang memgikuti sesi seminar tentang kreativiti.

4.2.    AKTIVITI 2 : “Telur Ku”
OBJEKTIF AKTIVITI
·         Menggalakkkan kerjasama dalam sesebuah kumpulan dengan bertukar-tukar pendapat untuk mendapatkan satu langkah atau kaedah yang sesuai bagi menyelesaikan sesuatu dengan jayanya.
·         Mengahayati semangat dalam kerja berpasukan dan memahami kebolehan, keupayaan, potensi dan kekreativan setiap ahli dalam sesebuah kumpulan.
·         Menggalakkan perkongsian bijak dalam kalangan pesert.

                SINOPSIS
·         Membina satu projek mega bukanlah sesuatu yang mudah tanpa perancangan yang baik, kreativiti dan kerjasama dari ahli kumpulan.
·         Namun begitu jika dilakukan dengan berkesan ianya pasti memuaskan hati dan akan menyeronokkan.
·         Sebuah kumpulan akan dibekalkan dengan sebiji telur dan beberapa batang straw(20 batang), ahli dalam kumpulan trersebut hendaklah memikirkan cara untuk melindungi telur daripada pecah dengan  hanya menggunakan straw tanpa bantuan benda lain.
·         Di akhir aktiviti ini,telur tersebut akan dijatuhkan daripada daripada tingkat satu sesebuah bangunan yang berdekatan,dengan menggunakan beberapa batang straw telur itu hendaklah dilindungi daripada pecah. Bergantung kepada daya kreativiti yang ada dalam kumpulan tersebut.

LANGKAH-LANGKAH
·         Fasilitator akan memberikan penerangan ringkas tentang aktiviti “Telur Ku” kepada para peserta. Untuk aktiviti ini, para peserta akan diberikan 30 minit untuk menyiapkannya.
·         Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu dimana setiap kumpulan akan terdiri daripada 15-20 orang sekumpulan.
·         Setiap kumpulan yang sudah dibahagikan akan dibekalkan atau akan diselia oleh sekurang-kurangnya seorang fasilitator dan maksimumnya adalah tiga orang fasilitator.
·         fasilitator ini berfungsi sebagai bahan rujukan kepada para peserta tentang ketidakjelasan tentang aktiviti “Telur Ku”.
·         Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sebiji telur dan beberapa batang straw(20 batang).
·         Di akhir aktiviti ini,telur tersebut akan dijatuhkan daripada daripada tingkat satu sesebuah bangunan yang berdekatan,dengan menggunakan beberapa batang straw telur itu hendaklah dilindungi daripada pecah. Bergantung kepada daya kreativiti yang ada dalam kumpulan tersebut.
·         Fasilitator akan mengarahkan kumpulan tersebut berbincang sesama sendiri iaitu dalam kumpulan itu sahaja bagaimana untuk melindungi sebiji telur daripada pecah dengan hanya menggunakan beberapa batang straw(20 batang).
·         Fasilitator tidak boleh terlibat sama dalam mencari idea untuk melindungi telur tersebut. Peserta dalam kumpulan bertukar-tukar pendapat untuk mencari idea bagaimana melindungi sebiji telur daripada pecah apabila dijatuhkan daripada tingkat satu bangunan dengan hanya mengunakan beberapa batang straw.
·         Tamat 30 minit, setiap kumpulan diarahkan untuk berhenti dan adalah menjadi tugas fasilitator untuk memastikan setiap kumpulan patuh kepada arahan yang telah diberikan.
·         Setiap kumpulan akan membawa telur yang telah dilindungi oleh straw kepada fasilitator yang bertugas untuk diuji ketahanannya.
·         Telur yang tidak pecah adalah merupakan kumpulan yang terbaik dan begitu la juga sebaliknya.
·         Moral permainan adalah:
§  Daya kreativiti dalam sesebuah kumpulan adalah penting.
§  Kerjasama sesama ahli kumpulan dalam mencetuskan idea kreatif untuk melindungi telur tersebut adalah penting.
§  Adanya daya kreativiti dalam sesebuah kumpulan sudah pastinya akan dapat mencari jalan bagaimana untuk melindungi telur tersebut daripada pecah apabila dijatuhkan.

RUMUSAN
·         Aktiviti ini nampak seperti biasa-biasa sahaja, tetapi secara keseluruhannya ia dapat menguji kerjasama dalam kumpulan dan melahirkan keseronokan.
·         Aktiviti ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk bertukar-tukar pendapat dan mencari jalan untuk melindungi telur tersebut.
·         Dalam bertukar-tukar pendapat untuk melindungi telur tersebut daripada pecah, para peserta juga dapat berkenal-kenalan diatara satu sama lain.



4.3.    AKTIVITI 3 : “Kunang-Kunang”
OBJEKTIF
·         Menguji tahap kerjasama dalam kumpulan.
·         Menjana pemikiran kreativ para peserta dalam kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu tugasan.
·         Memberi kefahaman kepada para peserta tentang kepentingan kerjasama dan pencetusan idea kreatif dalam menyelesaikan sesuatu tugasan adalah penting untuk mendapatkan hasil yang baik dan bermakna.
               
                SINOPSIS
·         Aktiviti ini dilakukan pada sebelah malam. Setiap kumpulan akan diberikan sebatang lilin. Lilin tersebut akan dinyalakan dan api lilin tersebut adalah sebagai amanah yang harus dijaga oleh setiap ahli kumpulan.
·         Setiap kumpulan akan di lepaskan untuk melalui beberapa checkpoint yang harus mereka lalui. Sepanjang melalui checkpoint yang telah ditetapkan oleh fasilitator, api lilin yang telah dinyalakan tadi hendaklah sentiasa menyala.
·         Amat sukar untuk mempertahankan nyalaan api lilin itu untuk terus menyala sepanjang checkpoint yang akan dilalui oleh kumpulan tersebut tambahan lagi dengan gangguan daripada luar seperti angin yang boleh menyebabkan lilin tersebut terpadam. Dalam aktiviti ini,kerjasama dan daya kreativiti setiap ahli dalam kumpulan untuk melindungi nyalaan api tersebut akan diuji 100%.

LANGKAH-LANGKAH
·         Fasilitator akan memberikan penerangan ringkas tentang aktiviti “Kunang-kunang” kepada para peserta. Untuk aktiviti ini, para peserta akan diberikan 1 jam 30 minit untuk melaksanakannya.
·         Para peserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan kecil iaitu dimana setiap kumpulan akan terdiri daripada 15-20 orang sekumpulan.
·         Setiap kumpulan yang sudah dibahagikan akan dibekalkan atau akan diselia oleh sekurang-kurangnya seorang fasilitator dan maksimumnya adalah tiga orang fasilitator.
·         Setiap kumpulan akan dibekalkan dengan sebatang lilin yang telah dinyalakan apinya.
·         Fasilitator akan mengarahkan kumpulan tersebut berbincang sesama sendiri iaitu dalam kumpulan itu sahaja bagaimana untuk melindungi api lilin daripada terpadam sepanjang melalui check point yang telah ditetapkan oleh fasilitator.
·         Fasilitator tidak boleh terlibat sama dalam mencari idea untuk melindungi api lilin tersebut. Peserta dalam kumpulan bertukar-tukar pendapat untuk mencari idea bagaimana melindungi api lilin daripada terpadam sepanjang melalui check point.
·         Disetiap check point akan ada dua orang fasilitator yang akan memastikan api lilin setiap kumpulan masih menyala. Jika terdapat kumpulan yang memegang lilin yang telah terpadam maka kumpulan tersebut adalah kumpulan yang tersingkir dan gagal dalam melaksanakan tugasan yang diberikan.
·         Samapai check point terakhir,fasilitaor akan melihat kumpulan yang Berjaya mempertahankan api lilin seperti yang telah diamanahkan kepada setiap kumpulan sebelum permainan ini dimulakan.
·         Kumpulan yang Berjaya melalui kelima-lima check point dengan api lilin masih menyala,maka kumpulan tersebut adalah merupakan kumpulan yang telah Berjaya melaksanakan tugasan dengan jayanya seperti yang di tetapkan oleh fasilitator.
·         Moral permainan adalah:
§  Kesabaran dan daya kreativiti dalam sesebuah kumpulan adalah penting.
§  Kerjasama sesama ahli kumpulan dalam mencetuskan idea kreatif untuk melindungi nyalaan api tersebut adalah penting.
§  Adanya daya kreativiti dalam sesebuah kumpulan sudah pastinya akan dapat mencari jalan bagaimana untuk melindungi api lilin untuk terus menyala walaupun menerima gangguan luar seperti angin.
§  Setelah selesai permainan, kumpulan terbaik perlu diumumkan sebagai dorongan kepada semua peserta.

RUMUSAN
·         Aktiviti ini nampak seperti biasa-biasa sahaja, tetapi secara keseluruhannya ia dapat menguji kerjasama dalam kumpulan dan melahirkan keseronokan.
·         Aktiviti ini juga memberi peluang kepada para peserta untuk bertukar-tukar pendapat dan mencari jalan untuk melindungi api lilin tersebut.
·         Kita harus tahu, kesabaran dalam diri individu kreatif adalah elemen yang sangat penting dalam menjayakan sesuatu tugasan.


kesimpulan
·         Memupuk pemuafakatan dan semangat bekerjasama sesame peserta dan ahli kumpulan.
·         Mencungkil daya kreativiti dalam diri peserta yang mereka sendiri tidak menyedarinya.
·         Meningkatkan semangat berkumpulan dan mengurangkan halangan psikologi dalam kalangan peserta.
·         Mewujudkan daya saing yang positif dalam kalangan peserta.

MODUL 2 KERJA BERPASUKAN

MODUL 2 KERJA BERPASUKAN
1.       PENGENALAN
2.       OBJEKTIF
3.       MATLAMAT PROGRAM
4.       PANDUAN FASILITATOR
v  UNIT 1 : TAKLIMAT
v  UNIT 2 : SUAI KENAL
v  UNIT 3 : PEMBENTUKAN DAN KERJA BERPASUKAN
5.       AKTIVITI
v  CERAMAH RINGKAS DAN PERMAINAN
1.0 PENGENALAN
1.1 Sebelum sesuatu kursus mahupun seminar di laksanakan, pengenalan ataupun  taklimat adalah penting di sebarkan kepada para peserta supaya penganjur program dapat menyampaikan maklumat mengenai seminar atau taklimat dengan lebih jelas lagi dan para peserta akan dapat memahami dan bersedia dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi aktiviti – aktiviti yang di jalankan sepanjang sebelum, semasa, dan juga selepas program berlangsung. Taklimat kebiasaannya hanya di berikan secara ringkas dan mengandungi beberapa pengenalan yang ringkas iaitu seperti :
a)      Latar belakang program
b)      Objektif Program
c)       Matlamat Kursus Program
d)      Penyertaan
e)      Jadual pelaksanaan program
1.2 Salah satu aktiviti yang terpenting dalam mana – mana program ialah aktiviti suai kenal. Ia merupakan aktiviti terpenting dalam menjayakan matlamat modul ini untuk membina kerja berpasukan. Sesi suai kenal yang efektif akan mewujudkan semangat kerja berpasukan dalam kumpulan. Walau bagaimana pun, aktiviti suai kenal juga perlu berlaku di antara peserta dan penganjur program supaya keberkesanan aktiviti ini berjalan dengan lancar.
1.3 Pembentukan dan kerja berpasukan penting kerana setiap individu yang ada dalam kumpulan mempunyai kemahiran dan keupayaan yang tersendiri. Perkara ini turut di jelaskan lagi oleh ( Garner dan Orelove, 1994) iaitu “gabungan dan koordinasi pengetahuan serta kemahiran semua disiplin, manusia dapat memenuhi keperluan tersebut”.
1.4 Pembentukan kumpulan perlulah di bentuk dengan semangat kerja berpasukan yang tinggi di samping memahami objektif  dan matlamat kerja berpasukan.
2.0 OBJEKTIF PROGRAM
2.1 Memahami keseluruhan modul kursus dan sedia untuk menjayakan program dengan komitmen yang efektif. Peserta juga perlu  bertanggungjawab sebagai peserta kursus yang efektif.
2.2 Mengenali di antara satu sama lain dengan lebih dekat tanpa mengira rupa, jantina, bangsa dan  juga agama.
2.3 Memahami kepentingan kerja berpasukan dan melaksanakan misi dan visi pasukan seperti yang di rancangkan dalam kursus. Peserta juga akan lebih berkeyakinan dalam melaksanakan kerja berpasukan dan memupuk semangat kerja berpasukan tinggi.
3.0 MATLAMAT KURSUS PROGRAM
3.1  Melahirkan individu yang mempunyai semangat bekerja dalam berpasukan yang tinggi.
3.2 Membentuk pasukan yang saling bekerjasama tanpa mengira rupa, jantina, bangsa dan juga agama.
3.3  Membentuk pasukan yang saling efektif dalam bertukar – tukar idea dan juga pendapat.
4.0 PENYERTAAN 
4.1 Jangka masa                        :                       120 minit (2 jam)
4.2 Saiz untuk 1 kumpulan     :                  15 orang yang terdiri daripada 7 orang lelaki dan
                                                                             8 orang perempuan.                                         
4.3 Metodologi                       :                 Ceramah ringkas dan permainan.
4.4 Alat Bantu                         :                       Jadual kursus
                                                                                Tanda Nama
                                                                                Kerusi dan meja yang cukup
                                                                                Marker Pen
                                                                                Kad Manila
                                                                                Krayon dan Magic Colours







JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM
5.1  AKTIVITI 1 : TAKLIMAT RINGKAS
OBJEKTIF UNIT
§  Memahami keseluruhan aktiviti yang akan di jalankan.
§  Memahami adab dan tatasusila serta mengikut arahan yang seperti yang di maklumkan oleh penganjur.
§  Memahami peranan dan tanggungjawab sebagai peserta.
LANGKAH – LANGKAH
1.       Para peserta di arahkan duduk dalam keadaan yang selesa dan jarak antara mereka tidak terlalu jauh ddan juga dekat. Hal ini supaya peserta dapat menerima dan melihat arahan fasilitator dengan jelas.

2.       Taklimat di mulai dengan bacaan doa, kemudian di susuli ucapan daripada penganjur.

3.       Fasilitator memaklumkan kepada peserta matlamat program ini dan meminta setiap peserta untuk menulis di satu helaian kertas dengan “ saya menyertai kursus ini untuk ...” bertujuan sebagai penggerak tanda kursus ini bermula.

4.       Fasilitator memberikan penerangan dan penjelasan mengenai arahan yang perlu di patuhi sebelum, semasa dan selepas kursus berlangsung.

5.       Peserta di beri masa untuk mengemukakan soalan mengenai kursus.

6.       Buku peraturan dan jadual pelaksanaan kursus di berikan kepada peserta beserta satu fail yang mengandungi sebatang pen dan pensel dan 3 helai kertas putih berukuran A4.
RUMUSAN
Taklimat kursus penting kerana untuk peserta menerima dan memahami maklumat mengenai program.
Taklimat juga memberi ruang kepada peserta untuk bersedia dari segi fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran sepanjang pelaksanaan program berlangsung.
LAMPIRAN
Jadual pelaksanaan kursus
Peraturan Kursus
Bahan dan Alat tulis
AKTIVITI 2 : SUAI KENAL
OBJEKTIF UNIT
§  Dapat mengenali antara satu sama lain dengan lebih dekat dan mendalam di samping menjalin hubungan yang baik dan mesra.
§  Mengenali fasilatator dengan lebih dekat dan dapat mengurangkan halangan psikologi untuk berkomunikasi.
§  Mengetahui  dan memahami penting suai kenal untuk membina  kerja berpasukan yang mantap.
LANGKAH – LANGKAH
1.       Peserta di arahkan untuk mengira nombor bermula dari satu hingga sepuluh dan kemudiannya mereka akan berkumpul mengikut nombor yang telah di sebutkan tadi. Aktiviti adalah supaya peserta akan dapat berkenalan dengan peserta yang lain yang mungkin belum di kenali. Cara ini adalah lebih berkesan.
2.       Fasilitator memaklumkan sesi berkenalan adalah penting dan setiap ahli dalam  kumpulan perlu melantik ketua kumpulan beserta penolong ketua kumpulan.
3.       Sesi suai kenal akan di jalankan dalam bentuk permainan.
PERMAINAN ROUND CIRCLE
1.       Setiap peserta akan di berikan sehelai kertas berukuran A4 beserta marker pen untuk mencatat :
             Nama penuh
      Nama panggilan
      Umur
      Bangsa
      Tempat tinggal dan  Asal  
2.       Setiap peserta di minta untuk memperkenalkan diri mereka seperti mana yang tercatat dalam kertas mereka.

3.       Setelah aktiviti suai kenal dalam kumpulan berlangsung, peserta di minta untuk mengingat nama ahli dalam kumpulan

4.       Akhir sekali setiap ketua kumpulan akan memperkenalkan ahli mereka kepada kumpulan yang lain.
PERMAINAN TEKA KAWAN
1.       Fasilitator di arah membentuk bulatan mengikut kumpulan.
2.       Setiap peserta di minta untuk menanggalkan tanda nama serta memberikannya kepada fasilitator  dan kembali kepada kedudukan dalam bulatan tadi.
3.       Dalam tempoh 4 minit setiap peserta perlulah menyebut nama ahli dalam kumpulan tanpa ada salah dan kumpulan yang betul meneka nama kawan mereka tanpa ada salah akan di kira sebagai pemenang dan akan menerima hadiah.
RUMUSAN
Aktiviti round circle dan juga teka kawan dapat mengeratkan hubungan sesama peserta di dalam kumpulan.
AKTIVITI 3 :  PEMBENTUKAN DAN KERJA BERPASUKAN
OBJEKTIF UNIT
§  Meningkatkan kemesraan sesama ahli dalam kumpulan serta semangat setiakawan yang tinggi serta memahami pembentukan kumpulan dalam melaksanakan visi dan misi kumpulan.
§  Meningkatkan semangat kerja berpasukan dan memahami kebolehan dan keupayaan individu dalam kumpulan.
LANGKAH – LANGKAH
1.       Fasilitator akan  memberi bahan dan alat tulis seperti marker pen, krayon, magic colours, dan juga kad manila kepada setiap pasukan.
2.       Dalam unit ini peserta akan di dedahkan kepada dua aktiviti yang berbeza iaitu satu berbentuk permainan dan yang satu lagi berbentuk kreativiti penulisan melalui idea.
BINA CARTA PASUKAN
1.       Setiap kumpulan akan di berikan masa selama 30 minit untuk menyiapkan satu carta kumpulan yang mengandungi logo, visi dan misi kumpulan berdasarkan kreativiti masing – masing.
2.       Kumpulan peserta perlulah menerangkan logo yang di buat dan berkaitan dengan kerja berpasukan.
3.       Penilaian di buat adalah berdasarkan kerjasama ahli dalam kumpulan menyiapkan carta dan juga penerangan yang jelas dan di fahami.


PERMAINAN SARANG LABAH - LABAH
1.       Dalam permainan ini peserta akan mengharungi satu sarang labah – labah yang mana setiap ahli pasukan perlulah menggunakan idea masing – masing bagaimana untuk melepasi halangan tersebut.
2.       Para peserta akan di nilai melalui bagaimana semangat pasukan tersebut dapat melepasi halangan tersebut.
3.       Pemenang kumpulan di nilai melalui masa yang di ambil oleh mereka untuk melepasi sarang labah – labah tersebut.
RUMUSAN
Meningkatkan hubungan baru yang rapat di antara satu sama lain.
Mewujudkan persekitaran yang positif di kalangan peserta.
Memupuk semangat permuafakatan.
KESIMPULAN
Menurut ahli sosiologi, manusia adalah makhluk sosial yang tidak boleh hidup sendirian dan melakukan segala kerja tanpa bantuan orang lain. Kegagalan dalam organisasi juga dapat di kurangkan melalui kerja berpasukan hal ini telah di terangkan oleh (Twomey dan Kleiner,1996). Oleh itu kerja berpasukan di lihat sebagai satu cara untuk meningkatkan produktivit pekerja dalam sesebuah organisasi.