Saturday, 2 April 2011

PENGENALAN CONT......

Objektif
1.       Menjadi platform melahirkan pekerja yang bermotivasi tinggi dalam bidang pekerjaan.
2.       Menyampaikan pendekatan-pendekatan mengenai kepimpinan, kerja berpasukan, daya kreativiti, komitmen dan keunggulan diri.
3.       Menanam nilai kemasyarakatan dalam pekerjaan iaitu nilai menghormati orang lain.
4.       Memupuk nilai-nilai ingin maju bersama dalm organisasi.
Konsep perlaksanaan
1.       Program ini dilaksanakan dibawah syarikat Fyda training & development, dan kerjasama individu-individu yang berkelayakan dalam bidang kaunseling dan motivasi.
2.       Penglibatan adalah merangkumi pekerja pengurusan dan bukan pengurusan.
Kaedah perlaksanaan
Strategi perlaksanaan
Dalam program ini, memerlukan peserta terlibat dalam setiap acara yang dijalankan, ini membolehkan mereka menghayati objektif setiap program, seterusnya menjadikan aktiviti dalam program ini sebagai satu nilai untuk meningkatkan ilmu pengetahuan yang mungkin bukan dari aspek tugas kerja tetapi dalam aspek kemanusiaan, aspek kehidupan seharian dalam menjaga setiap hubungan sesama manusia. Selain itu, meningkatkan nilai-nilai tanggungjawab yang perlu ada dalam diri seseorang individu.
                Moduk peningkatan produktiviti bersepadu 5k (kepimpinan, kerja berpasukan, kreativiti, komitmen dan keunggulan) dilaksanakan berdasarkan temanya. Dalam modul ini, akan mempunyai 5 k diatas mewakili satu modul. Justeru itu, perlaksanaan akan di bahagikan kepada 5 fasa berdasarkan 5 k, agar para peserta dapat menilai sejauhmana penguasaan dan pengaruh modul-modul tersebut dalam diri mereka.

                Aktiviti-aktiviti yang diberikan tumpuan:
1.       Memastikan semua peserta terlibat secara serius dalam setiap program yang dijalankan.
2.       Setiap kemudahan yang diberikan di gunakan sepenuhnya oleh peserta
3.       Perlaksanaan aktiviti adalah berbentuk pendekatan-pendekatan hidup dalam masyarakat, dan memupuk nilai cemerlang dalam diri peserta. Seterusnya dapat melahirkan individu yang sentiasa produktiv.
Pemilihan Tempat
                Pemilihan lokasi adalah berdasarkan pelanggan, selain itu pihak kami juga menyediakan tempat-tempat yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti ini.


Impak
1.       Pesreta akan mampu mempraktikan kemahiran gaya kerja yang sedia ada ketahap yang lebih tinggi.
2.       Peserta akan lebih bermotivasi dalam bidang pekerjaan mereka selepas ini.
3.       Kemahiran dan kesedaran dalaman peserta akan meningkat.
4.       Setiap latihan modul-modul yang ada dalam program ini adalah kemahiran yang perlu ada pada seorang pekerja untuk bekerja dalam persekitaran yang baik.

Bayaran Pakej Kursus
Bayaran pakej yang diminta adalah sebanyak RM12,000.00 di mana pakej ini menampung kos-kos berikut:
* Bayaran khidmat penceramah
* Bahan kursus (Nota, Sijil, Pen dsbnya)
* Bayaran khidmat urusetia
* Laporan selepas kursus

Lain-lain kos seperti makan minum, penginapan, elaun perbatuan (mileage), tiket penerbangan (Business Class), (Jika berkaitan) peralatan latihan seperti P.A System, Collar Mic, LCD Projektor akan disediakan oleh pihak agensi pelanggan.

No comments:

Post a Comment