Saturday 2 April 2011

Nick Vujicic, No Arms, No Legs, No Worries! Part 1

Nick Vujicic, No Arms, No Legs, No Worries! Part 2

Nick Vujicic - No Arms No Legs No Worries Part 3 of 3.avi

Motivational Quotes!!!!

MODUL 5 KESEDARAN DIRI



Diri Saya, Keluarga Saya, Kampung Halamanku
1. Pengenalan
2. Objektif
3. Keperluan/Pembabitan
4. Panduan Fasilitator
·         Aktiviti 1 : Diri Saya
·         Aktiviti 2 : Keluarga Saya
·         Aktiviti 3 : Kampung Halamanku
5. Rumusan


1. PENGENALAN
1.1          Modul ini diwujudkan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran diri di kalangan              peserta                untuk menjadi seorang yang lebih mempercayai diri, menyerapkan semangat                 terhadap             diri mereka dan manjadikan peserta supaya bangga terhadap diri, bangsa dan negara.
1.2          Pada masa kini, tidak ramai yang mempunyai semangat untuk mempercayai diri                sendiri dan          semangat  untuk  mencintai  bangsa,  agama,  dan  negara.  Mereka    lebih                 suka untuk          mengikuti budaya lain terutamanya budaya barat. Ini akan melemahkan        semangat mereka           terutamanya terhadap diri sendiri sekaligus akan memberikan      kesan terhadap kehidupan          mereka.
1.3          Melalui modul ini para peserta akan dibawa untuk menyelami perasaan terhadap diri sendiri      agar mereka lebih memahami terhadap diri mereka dan kepentingan terhadap kesedaran                diri mereka sendiri.
1.4          Selain itu individu juga akan menyedari bahawa betapa pentingnya semangat untuk mencitai     bangsa, agama dan bangsa mereka.

2. OBJEKTIF
2.1          Memberi kesedaran terhadap memahami diri peserta
2.2          Meningkatkan semangat cintakan tanah air di kalangan para peserta
2.3          Membentuk individu yang lebih mempercayai diri dan berkeyakinan
2.4          Melahirkan individu yang mampu memajukan diri berdasarkan acuan sendiri
2.5          Mewujudkan individu yang mempunyai sifat yang kental dan bersemangat untuk            memajukan bangsa dan negara

3. KEPERLUAN/PEMBABITAN
3.1          Jangka Masa                      : 180 Minit (3 jam)
3.2          Saiz satu(1) kumpulan    : 15-20 orang

3.3          Kaedah :
·         Persembahan Individu dalam kumpulan masing-masing
3.4          Alat Bantu :
·         Warna, kertas lukisan, kertas A4, fail, alat tulis, peraturan kursus, boring maklumat peserta, kerusi/meja secukupnya.

4. PANDUAN FASILITATOR
4.1          Aktiviti 1 : Diri Saya
                Objektif Aktiviti
·         Memberi pendedahan kepada para peserta terhadap meninkatkan kesedaran diri
·         Mempertingkatkan tahap keyakinan diri perserta
·         Mengeratkan hibungan di antara ahli kumpulan dan fasilitator
                Sinopsis
·         Aktiviti akan dijalankan pada waktu pagi, dimana setiap ahli dalam kumpulan akan menghasilkan satu karangan mengenai diri mereka.
·         Tempat aktivti dilakukan adalah berdasarkan fasilitator yang menyelia kumpulan tersebut, dimana fasilitator bebas memilih tempat di dalam kawasan kem latihan
·         Selepas membuat karangan peserta akan diminta untuk membaca karangan mereka dihadapan ahli kumpulan.
                Langkah-Langkah
·         setiap perserta akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan akan diselia oleh seorang fasilitator.
·         Setiap fasilitator akan menerangkan secara ringkas mengenai aktiviti yang bakal dijalankan kepada setiap kumpulan yang diselia.
·         Fasilitator diminta memberikan alat tulis dan 2 helai kertas A4 kepada semuat ahli kumpulan yang diselia.
·         Seterusnya fasilitator harus menugaskan setiap individu dalam kumpulan yang diselia untuk menulis sebuah karangan mengenai diri mereka.
·         Tugasan tersebut harus dilaksanakan selama 20 minit sahaja.
·         Selepas tugasan tersebut siap fasilitator akan meminta setiap ahli kumpulan untuk membacakan karangan yang dihasilkan oleh mereka secara individu.
·         Penggiliran seharusnya secara ‘round table’ dengan mengikut arah jam.
               
                Rumusan
·         Aktiviti ini adalah penting untuk peserta lebih memahami diri mereka sendiri. Ini kerana melalui pemahaman diri akan lebih meningkatkan tahap kepercayaan diri peserta tersebut.
·         Selain itu aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran insaniah peserta dalam membuat pembentangan atau ucapan di depan orang. Disamping itu aktiviti akan merapatkan hubungan dikalangan ahli dengan fasilitator.
·         Diharap aktiviti ini dapat mencapai objektifnya untuk melahirkan individu yang mempercayai diri sendiri.

4.2          Aktiviti 2 : Keluarga Saya
                OBJEKTIF AKTIVITI
·         Melahirkan individu yang penyayang dan mempunyai sikap hormat-menghormati.
·         Mewujudkan semula hubungan kekeluargaan di kalangan peserta.
·         Mengenali hubungan kekeluargaan di kalangan peserta.
                Langkah-Langkah
·         Fasilitator akan menerangkan secara ringkas mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.
·         Setiap fasilitator memberikan sehelai kertas lukisan, warna dan alat tulis kepada peserta
·         Seterusnya fasilitator akan menugaskan peserta untuk membuat satu ‘family tree’ keluarga peserta
·         Fasilitator diminta menggalakkan peserta untuk menghias ‘family tree’ tersebut secantik mungkin.
·         Tugasan tersebut harusalah diselesaikan selama 20 minit
·         Seterusnya fasilitator akan menyuruh peserta untuk membentangkan ‘family tree’ mereka dihadapan peserta yang lain.
Rumusan
·         Aktiviti ini penting untuk mendedahkan kepada para peserta berkanaan dengan pentingnya hubungan kekeluargaan yang baik.
·         Selain itu aktiviti ini dapat memberi kesedaran kepada para peserta dalam menyeimbangkan di antara kerjaya dan keluarga.
·         Melalui aktiviti ini juga peserta dapat mengenali ahli keluarga peserta lain.

4.3          Aktiviti 3 : Kampung Halamanku “31 ogos”
                Objektif Aktiviti
·         Melahirkan individu yang cintakan asal-usul mereka.
·         Memberikan kesedaran kepada peserta betapa pentingnya perasaan cintakan tanah air.
·         Menarik minat peserta untuk memajukan bangsa, agama, dan negara.
                Langkah-Langkah
·         Sebelum aktiviti dijalankan, fasilitator akan menerangkan secara ringkas mengenai aktiviti yang akan dijalankan.
·         Fasilitator akan memberikan alat tulis, sehelai kertas lukisan, dan warna kepada peserta.
·         Fasilitator akan menugaskan peserta untuk melukis pemandangan kampung asal peserta ketika sambutan kemerdekaan negara pada 31 ogos
·         Fasilitator diminta untuk meggalakkan para peserta agar melukis lukisan mereka secantik mungkin
·         Tugasan yang diberikan harus diselesaikan selama 45 minit.
·         Setelah tugasan tersebut selesai, fasilitator diminta untuk mempamerkan lukisan yang dihasilkan oleh peserta.
·         Fasilitator akan mengadili lukisan tercantik, dan peserta yang berjaya menghasilkan lukisan tercantik akan diberikan hadiah misteri oleh fasilitator.
               
Rumusan
·         Aktiviti ini dapat meningkat kesedaran peserta mengenai pentingnya semangat patriotisme
·         Selain itu aktiviti ini dapat menarik peserta untuk berkhidmat di tempat asal mereka.
·         Aktiviti juga dapat menghilangkan tekanan yang dihadapi oleh para peserta dimana aktiviti adalah bersifat santai.

MODUL 4 PENINGKATAN MUTU KOMITMEN



Seminar, Tugasan Berkumpulan
1. Pengenalan
2. Objektif
3. Keperluan/Pembabitan
4. Panduan Fasilitator
·         Aktiviti 1
·         Aktiviti 2
5. Rumusan

1. PENGENALAN
1.1          Pada masa kini dalam menyelesaikan sesuatu tugasan bukan sahaja harus  berdasarkan                kepakaran ataupun kepandaian seseorang dalam menyelesaikan sesuatu tugasan   diperlukan, namun komitmen yang ditunjukkan dalam menyelesaikan tugasan tersebut              harus dititikberatkan.
1.2          Modul ini diwujudkan untuk meningkatkan tahap komitmen dalam menyelesaikn sesuatu           tugasan disamping dapat memantapkan diri apabila diperlukan.
1.3          Melalui modul ini peserta akan diberi taklimat dan kesedaran terhadap pentingnya unruk            menguruskan dan meningkatkan tahap komitmen mereka dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.

2. Objektif
2.1          Memberi pendedahan kepada para peserta mengenai pentingnya mempunyai komitmen           yang tinggi dalam melakukan sesuatu tugasan.
2.2          Memberi pendidikan kepada para peserta cara pengurusan komitmen yang berkesan.
2.3          Melahirkan individu yang mempunyai rasa tanggung jawab yang tinggi.
2.4          Memberi pendedahan kepada para peserta cara penyelesaian masalah yang baik.

3. Keperluan/Pembabitan
3.1          Jangka masa : 180 minit (3 jam)
3.2          Saiz satu kumpulan : 15 – 20 orang
3.3          Kaedah :
·         Ceramah, Penyelesaian masalah secara berkumpulan
3.4          Alat Bantu :
·         kertas A4, fail, alat tulis, peraturan kursus, boring maklumat peserta, kerusi/meja secukupnya.
4. PANDUAN FASILITATOR
4.1          Aktiviti 1 : Ceramah
OBJEKTIF AKTIVITI
·         Memahami keseluruhan modul kursus.
·         Memberi kefahaman kepada peserta apa itu komitmen? Kenapa seseorang perlu ada sifat komitmen yang tinggi? Bagaimana untuk menguruskan komitmen yang berkesan?

LANGKAH-LANGKAH
·         Peserta diarahkan untuk berkedudukan dalam keadaan yang selesa supaya dapat memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap semua arahan yang diberikan oleh fasilitator dengan jelas.
·         Fasilitator akan memberi penjelasan ringkas tentang perjalanan seminar tersebut bagi kefahaman kepada peserta tentang sesi seminar tersebut.
·         Setiap sesi Seminar dimulakan atau diakhiri dengan bacaan doa bagi mendapat keberkatan daripada Allah S.W.T.
·         Fasilitator yang bertugas akan menjemput penceramah seminar jemputan bagi memberi penjelasan tentang apa itu komitmen? Kenapa seseorang perlu ada sifat komitmen yang tinggi? Bagaimana untuk menguruskan komitmen yang berkesan?
·         Seterusnya fasilitator akan membuka satu sesi soal jawab tentang apa itu komitmen? Kenapa seseorang perlu ada sifat komitmen yang tinggi? Bagaimana untuk menguruskan komitmen yang berkesan?
·         Peserta seminar diberi peluang untuk mengemukakan soalan kepada penceramah jemputan tersebut.
·         Fasilitator mengedarkan risalah tentang apa itu komitmen? Kenapa seseorang perlu ada sifat komitmen yang tinggi? Bagaimana untuk menguruskan komitmen yang berkesan?  yang telah disediakan oleh penceramah jemputan kepada para peserta bagi menambahkan kefahaman kepada para peserta.
·          
RUMUSAN

·         Seminar ini adalah penting bagi peserta untuk mengetahui apa sebenarnya yang kreativiti dimaksudkan, kenapa kreativiti itu perlu ada dalam diri peserta dan bagaimana untuk meningkatkan tahap komitmen seseorang.
·         Ia memberikan peluang kepada peserta untuk mengemukakan soalan tentang bagaimana untuk meningkatkan komitmen dalam menyelesaikan sesuatu tugasan
·         Diharapkan sesi seminar ini dapat memberi kefahaman kepada para peserta.

4.2          Aktiviti 2 : Penyelesaian masalah secara berkumpulan
                Objektif Aktiviti
·         Memberi pendedahan kepada para peserta cara penyelesaian masalah secara berkesan
·         Melihat sejauh mana komitmen yang ditunjukkan dalam menyesaikan sesuatu masalah
                Langkah-Langkah
·         Fasilitator akan membahagikan peserta kepada beberapa kumpulan
·         Setiap fasilitator akan diberikan satu kumpulan untuk diselia
·         Fasilitator akan menerangkan secara ringkas kepada para peserta mengenai aktiviti yang bakal dijalankan.
·         Fasilitator diminta memberikan peserta alat tulis dan kertas A4 secukupnya kepada peserta.
·         Fasilitator akan memberikan satu permasalahan organisasi kepada peserta dan menyuruh peserta tersebut menyelesaikan masalah tersebut.
·         Peserta akan diberikan masa selama 30 minit menyiapkan tugasan tersebut dan 30 minit lagi membentangkan di depan fasilitator yang menyelia mereka.
·         Peserta yang gagal menyiapkan tugasan tersebut akan dikenakan denda iaitu semua ahli kumpulan akan menyayikan lagu patriotic dengan kuat dan bersemangat.
               
                Rumusan
·         Aktiviti ini adal bertujuan untuk melihat sejauh mana komitmen yang ditunjukkan oleh peserta dalam menyelesaikan sesuatu tugasan.
·         Selain itu aktiviti ini juga akan meningkatkan semangat kerja berkumpulan dikalangan peserta.
·         Aktiviti ini juga dapat memberi pendedahan kepada para peserta mengenai cara pengurusan masalah yang baik.